Tuesday, December 8, 2015

TAHAP KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK

SOALAN 4

Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan tahap kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi ? Bincangkan.

8 comments:

  1. heloo cikgu farhana. pada pendapat saya keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia adalah tidak sihat. hal ini kerana penilaian yang dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu kepada pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga penting dan perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah, komunikasi dan sosial kanak-kanak. Pendekatan rujukan norma seperti ujian untuk menentukan gred markah dan kedudukan dijalankan kepada kanak-kanak. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanak-kanak tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut pada peringkat prasekolah akan membebankan kanak-kanak seterusnya akan mengganggu perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalami tekanan kerana harapan untuk memajukan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibu bapa lebih mengharapkan kepada pihak prasekolah untuk memajukan anak-anak mereka dan meningkatkan prestasi anak-anak dalam akademik dan kognitif. Oleh disebabkan hal ini, para guru lebih mengutamakan penilaian kognitif pelajar walaupun mempunyai kesedaran tentang kepentingan perkembangan pelajar dalam aspek-aspek lain. selain itu,kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang guru prasekolah tidak wajar memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana pinilaian berbentuk esei tidak boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak. Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dan praktikal untuk pelajar prasekolah.. terima kasih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaalaikummusalam saudari mas. saya sangat bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh saudari kerana kanak-kanak banyak memerlukan sokongan ibubapa dalam membentuk potensi kanak-kanak.Saya juga ingin menyatakan pendapat saya tentang tajuk saudari.
      Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
      Anak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.
      Kebiasaannya, sebelum peperiksaan UPSR dijalankan , umat Islam di Malaysia pasti akan merayakan Hari Raya Puasa dan akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Kebanyakan guru-guru pasti akan membekalkan banyak latihan dan kerja sekolah kepada anak-anak muridnya. Bahkan, ada sebahagian sekolah rendah yang turut mengadakan kelas tambahan ketika cuti sekolah tiba. Kesemua tugasan dan kelas tambahan ini telah menyekat masa murid-murid sekolah ini untuk bergaul dengan sanak saudara yang lain di kampung mereka. Malah ,hal ini turut menyebabkan mereka berasa terbatas untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan terpaksa terperuk di dalam bilik demi menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Jadi, perkara ini secara automatik menyebabkan murid itu stress. Justeru itu saya ingin mengajak masyarakat untuk sama-sama bekerjasama memelihara kesihatan mereka. terima kasih.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudari farhana. Pada pandangan saya yang dapat saya berikan berdasarkan tajuk forum yang ke empat ini. Ia mengulas secara langsung terhadap suasana persekitaran sekolah yang sangat efektif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, apa yang dapat saya kongsikan kepada saudari bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Lantaran itu, masalah ini haruslah dicegah oleh pihak yang wajib menjaga kebajikan kanak-kanak. Contohnya, kajian kaunseling terhadap beberapa pelajar sekolah yang mengalami masalah stress yang tinggi, wal hal pada zaman kanak-kanak seharusnya mereka tidak mengalami masalah tekanan jiwa. Hal ini, sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut. Kerana kanak-kanak yang mengalami tekanan diusia ini akan mengalami banyak masalah sosial terutama sekali isu kanak-kanak berani lari dari rumah kerana takut akan ibubapa yang garang yang sering mendera mereka. Ini mengakibatkan pergaulan kanak-kanak tersebut akan mula tercemar kerana mereka akan bergaul dengan orang yang dapat melindungi mereka dari dicederakan. Namun, adakalanya mereka tersalah memilih golongan yang dapat melindungi mereka iaitu mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudari ain,izinkan saya berkongsi pendapat saya tentang kanak-kanak yang mengalami stress.Jika dilihat secara kasar,kanak-kanak di Malaysia lebih cenderung mengalami stress daripada kanak-kanak di luar negara.Hal ini demikian kerana , sesetengah ibu bapa memperlihatkan konflik yang mereka alami di depan anak-anak.Adakalanya , ibu bapa yang bergaduh di depan anak-anak tidak mempedulikan perasaan anak-anak.Anak-anak yang menyaksikan kejadian itu akan berasa sedih dan mula menunjukkan gejala tekanan perasaan.Hal ini sangat membimbangkan.Oleh itu , untuk mengelakkan perkara ini berlaku , diharapkan para ibu bapa di luar menitikberatkkan perasaan anak-anak.Selalunya konflik berlaku akan menyebabkan penceraian . Para ibu bapa dinasihatkan agar elakkan daripada mengambil keputusan yang terburu-buru.Elakkan penceraian yang boleh membawa kemusnahan.Di sekolah pula , para guru juga memainkan peranan penting untuk menghindari gejala stress dalam kalangan kanak-kanak.Dalam kelas , guru dinasihatkan agar tidak memilih kasih.Guru mesti memantau kanak-kanak walaupun mereka berbeza dari segi tahap pemikiran.Ada sesetengah guru tidak menitiberatkan pelajar yang senyap.Mereka hanya melebihkan pelajar yang aktif sahaja. Sekian

      Delete
  3. Pada pandangan saya yang dapat saya berikan berdasarkan tajuk forum yang ke empat ini. Ia mengulas secara langsung terhadap suasana persekitaran sekolah yang sangat efektif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, apa yang dapat saya kongsikan kepada saudari bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Lantaran itu, masalah ini haruslah dicegah oleh pihak yang wajib menjaga kebajikan kanak-kanak. Contohnya, kajian kaunseling terhadap beberapa pelajar sekolah yang mengalami masalah stress yang tinggi, wal hal pada zaman kanak-kanak seharusnya mereka tidak mengalami masalah tekanan jiwa. Hal ini, sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut. Kerana kanak-kanak yang mengalami tekanan diusia ini akan mengalami banyak masalah sosial terutama sekali isu kanak-kanak berani lari dari rumah kerana takut akan ibubapa yang garang yang sering mendera mereka. Ini mengakibatkan pergaulan kanak-kanak tersebut akan mula tercemar kerana mereka akan bergaul dengan orang yang dapat melindungi mereka dari dicederakan. Namun, adakalanya mereka tersalah memilih golongan yang dapat melindungi mereka iaitu mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri kanak-kanak tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih diatas perkongsian anda terhadap tahap kesihatan mental kanak-kanak pra sekolah. Berdasarkan kajian kementerian kesihatan malaysia, kanak-kanak sememangnya menhadapi tekanan walaupun mereka masing diperingkat prasekolah. sebagai contoh, Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah). mengikut kementerian juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan mempunyai dua jenis tekanan diantaranya ialah yang positif dan tekanan negatif. walaupun begitu tekanan yang positif adalah perkara yang dapat meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak apabila mereka dihantar kesekolah untuk belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. akan tetapi kesan negatif apabila kanak-kanak dikenakan tekanan ialah Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif. selain itu, Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudari Farhana,Topik yang saudari ajukan ini sangat menarik.Pada pendapat saya kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia sangat membimbangkan.Berbanding di luar negara,kanak-kanak di sana memiliki kadar stress yang kurang.Ini berkemungkinan kerana kanak-kanak di luar negara kurang menghadapi tekanan dari keluarga yang memberi pengharapan tinggi terhadap kanak-kanak dalam akademik mereka.Sebaliknya,kanak-kanak di Malaysia pula,cenderung menghadapi stress,Ini adalah berkemungkinan bahawa,ibu bapa terlalu mementingkan tahap pencapaian akademik yang tinggi.Sesetengah ibu bapa tidak menitikberatkan tahap anak-anak mereka dalam akademik.Selain itu,kanak-kanak juga dikhuatiri mendapat tekanan disebabkan masalah ibu bapa.Konflik antara ibu bapa tidak sepatutnya didedahkan atau ditunjukkan kepada kanak-kanak.Hal ini demikian kerana,perkara ini akan membuatkan mereka sedih dan bimbang terhadap ibu bapa mereka.Selalunya,kes penceraian punca kanak-kanak stress.Perpecahan keluarga boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa.Tambahan pula,kita boleh mengetahui tanda-tanda kanak-kanak itu jika mereka tertekan. Antara tanda-tanda yang saya boleh kongsikan ialah , mereka lebih mendiamkan diri dan susah untuk tidur malam . Sekian sahaja dari saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudari ainun yang dikasihi. pada juga berpendapat bahawa keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia adalah tidak sihat. hal ini kerana penilaian yang dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu kepada pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga penting dan perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah, komunikasi dan sosial kanak-kanak. Pendekatan rujukan norma seperti ujian untuk menentukan gred markah dan kedudukan dijalankan kepada kanak-kanak. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanak-kanak tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut pada peringkat prasekolah akan membebankan kanak-kanak seterusnya akan mengganggu perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalami tekanan kerana harapan untuk memajukan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibu bapa lebih mengharapkan kepada pihak prasekolah untuk memajukan anak-anak mereka dan meningkatkan prestasi anak-anak dalam akademik dan kognitif. Oleh disebabkan hal ini, para guru lebih mengutamakan penilaian kognitif pelajar walaupun mempunyai kesedaran tentang kepentingan perkembangan pelajar dalam aspek-aspek lain. selain itu,kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak


      berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang guru prasekolah tidak wajar memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana pinilaian berbentuk esei tidak boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak. Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dan praktikal untuk pelajar prasekolah..

      Delete