Tuesday, December 8, 2015

KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK

SOALAN 3

Bahaskan pernyataan ini "Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan".

8 comments:

  1. assalamualaikum,Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia perkerjaan.Secara dasar nya di dalam penghidupan sebagai manusia,Kecerdasan emosi dan sosial lebih di dahulu kan dari kecerdasan intelek.Kehidupan alam pekerjaan bermula dari Kecerdasan emosi dan dan social dan hendak la di pupuk dari kecil lagi dan bergantung bagaimana penghidupan seharian sesebuah famili itu Untuk memulakan penghidupan seharian kecerdasan emosi akan mempengaruhi kecerdasan social.Jika bermula dengan emosi yang kurang baik maka hubungan social juga akan kurang baik dan suram di antara family sendiri , komuniti dan rakan sekerja. Ini akan mempengaruhi kecerdasan intelek di dalam bidang pekerjaan.Ini akan menyebabkan mutu kerja dan output hasil kerja yang kurang bermutu.Secara tidak langsung prestasi diri dan kerja akan terjejas dengan sendiri nya. Perhubungan kekeluargaan dan kekitaan di dalam penghidupan seharian boleh mempengaruhi dan merangsang kan lagi kecerdasan emosi supaya minda dan fizikal supaya sentiasa di dalam keadaan FIT.Kecerdasan intelek amat di perlu kan di dalam semua jenis pekerjaan mahu pun di rumah atau pun di tempat kerja.Dengan kecerdasan intelek mutu kerja akan bertambah baik dan ini kan meninggkatkan lagi Prestasi diri dan institusi itu sendiri.Suasana Tempat kerja yang conduksif juga akan menyebabkan kecerdasan emosi dan social akan sentiasa dalam keadaan baik dan kecerdasan intelek dapat di perguna kan dengan sebaik baik nya. sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudari Mas, terima kasih pada pandangan yang diberi. Pada pandangan saya keadaaan kesihatan dan mental kanak-kanak di pra-sekolah dan sekolah rendah berada di tahap yang kurang memuaskan. Hal ini kerana dalam era globalisasi yang kian mencabar dan memerlukan berada di kemuncak pemodenan dunia, kebanyakan ibubapa lebih banyak masa berhadapan dengan kerjaya dan berlumba-lumba untuk mengecapi kemewahan duniawi mereka berbanding dengan anak-anak mereka. Ini menyebabkan kebanyakan ibubapa kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka dan seterusnya menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak mereka. kanak-kanak yang terabai akan merasakan diri mereka kurang disayangi dan selalu menyendiri. Hal ini amat menganggu kesihatan mental anak-anak .Ini seterusnya , menjeremuskan kanak-kanak ke arah yang negatif di mana kanak-kanak akan mencari keseronokan dan mencari ketenangan diluar dengan bergaul dengan kanak-kanak yang berkelakuan kurang baik. Di sini timbulnya pelbagai masalah seperti kanak-kanak akan ketinggalan dalam pelajaran serta sentiasa mencari peluang untuk ponteng sekolah. Di sini peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan kasih sayang serta perhatian yang secukupnya kepada akan-anak agar tidak berlaku hal yang tidak diingini. Dan ini juga bagi bagi menjaga kesihatan dan mental anak-anak agar sentiasa stabil.

      Delete
  2. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai kecergasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia perkerjaan kerana sejak kecil kita telah memiliki emosi dan berinteraksi dengan emosi tersebut. Kebiasaan kita dalam menanganinya akan terus terbawa dan menjadi karakter seseorang ketika dewasa. Dengan demikian, alangkah berbahagianya seorang anak yang memiliki orangtua yang peka dan pelatih emosi yang baik. Anak seperti ini akan berlatih menangani dirinya sejak masa kecil. Untuk topik ini insya Allah akan saya posting dalam kesempatan yang akan datang.

    Bagaimana jika ketika dewasa kita kurang memiliki kematangan secara emosional? Jawabannya adalah kecerdasan tersebut dapat dilatih. Cara paling awal adalah dengan mengenali emosi diri Anda ketika terjadi. Kenali apa saja yang berkecamuk dalam dada Anda dan suara-suara yang memerintahkan Anda untuk bertindak. Tahapan berikutnya adalah melakukan kontrol diri terhadap berbagai bentuk emosi yang ada. Bagaimana Anda mengendalikan diri ketika marah, tidak terpuruk ketika merasa kecewa, dapat bangkit dari kesedihan, mampu memotivasi diri dan bangkit ketika tertekan, mengatur diri dari kemalasan, menetapkan target yang menantang namun wajar, serta bisa menerima keberhasilan maupun kegagalan dengan lapang dada.

    Jika hal tersebut sudah Anda kuasai, selanjutnya adalah melatih kematangan sosial. Bagaimana Anda berempati – merasakan apa yang dirasakan orang lain – sehingga bisa memberi respon yang tepat terhadap sinyal-sinyal emosi yang ditampilkan orang lain. Kematangan ini akan mudah dikembangkan jika Anda aktif terlibat dalam organisasi, bekerjasama dengan orang lain dan memiliki interaksi sosial yang intens. Latihlah kemampuan Anda dalam memimpin dan dipimpin, memotivasi orang lain, serta mengatasi dan mengelola konflik.

    Bagi saya pribadi, memahami emosi sangat membantu dalam mengenali diri dalam tahap awal. Selanjutnya adalah mengenali dan mengendalikan oknum-oknum yang saling berperang dalam diri: berbagai keinginan, kesombongan, iri hati, dengki, kebencian, amarah dan sifat-sifat lainnya. Cerdas secara emosional akan membantu Anda pada tahap awal untuk mengenali diri dengan lebih baik, sekaligus bersikap positif dan melatih kematangan menghadapi kehidupan, apapun yang terjadi: susah atau senang, sukses atau gagal, mudah atau sulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudari Asma. Benar apa yang dikatakan saudari sebentar tadi. Pada pendapat saya pula, saya tidak bersetuju dengan penyataan tersebut . Bagi saya kita sewajarnya seimbangkan kecerdasan emosi dan sosial dengan kecerdasan intelektual . Kita tidak boleh hanya memandang pada kecerdasan emosi dan sosial semata mata . Ini kerana dalam dunia pekerjaan intelektual penting untuk membuatkan seseorang supaya boleh melakukan pekerjaan dan berfikiran abstrak . Dan saya juga tidak menolak kepentingan kecerdasan emosi dan sosial kerana didalam dunia pekerjaan yang serba mencabar , seseorang perlu mempunyai kecerdasan emosi dan sosial yang akan membolehkan mereka melakukan sesuatu keputusan kerja secara rasional . Itu merupakan pandangan yang ingin saya kongsikan . Sekian, Terima kasih

      Delete
  3. Assalamualaikum saudari Farhana, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang topik ini.Pada pendapat saya,saya tidak bersetuju dengan pernyataan kecerdasan emosi dan sosial lebih penting dari intelek dalam dunia pekerjaan.Saya berpendapat sebegini kerana,kecerdasan emosi,sosial dan intelek boleh dikatakan sama penting . Jika terdapat kekurangan dari segi keti-tiga kecerdasan tersebut , maka akan kurang kualiti hasil kerja seseorang individu dalam bidang pekerjaan tersebut.Saya selitkan definisi setiap kecerdasan .…kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan dirinya sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga
    merupakan tindakan dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan .Kecerdasan sosial merupakan salah satu perkara yang paling penting dalam bidang pekerjaan.Sosial ini berkait rapat dengan cara kita berinteraksi,berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat setempat.Manakala kecerdasan intelek bermaksud kemampuan intelektual, analisa, logika dan rasio. Ia merupakan kecerdasan untuk menerima, menyimpan dan mengolah infomasi menjadi fakta.Kecerdasan ini berkait rapat kerana untuk menghasilkan kualiti seseorang individu yang baik.Sekian sahaja dari saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudari ainun, terima kasih atas penjelasan saudari itu. Saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai "Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan" . Berdasarkan pengetahuan saya, kecerdasan emosi dan sosial merupakan aset yang penting dalam semua aspek terutama lagi dalam dunia pekerjaan. Ini kerana emosi yang tenang, selamat, dan tidak tertekan akan mewujudkan satu sosialisasi yang mana lebih harmoni, bahagia, dan sosial persekitaran yang tenteram. Apabila hal ini berlaku, pekerjaan akan lebih selesa dan kualiti perkerjaan semakin meningkat.

      Delete
  4. assalamualaikum cikfu farhana.Pendapat saya, emosi dan sosial merupakan salah satu aset penting dalam kehidupan. Emosi berperanan penting dalam melengkapi sosialisasi kehidupan seseorang itu. Emosi yang tenang, selamat, dan tidak tertekan akan mewujudkan satu sosialisasi yang mana lebih harmoni, bahagia, dan biologi yang tenteram. Emosi perlu dijaga dan dikawal dengan baik untuk mencapai kecerdasan emosi. Apabila kecerdasan emosi tercapai, kecerdasan sosial akan lebih mudah untuk digapai. Emosi dan sosial ini saling berkaitan antara satu sama lain untuk mencapai tahap kecerdasan yang baik. Apabila kecerdasan emosi dan sosial ini tercapai, maka dunia pekerjaan akan mudah untuk dijalani. Bekerja dalam keadaan yang tenang, gembira dan ceria. Jika kecerdasan emosi dan sosial ini terganggu, maka pekerjaan akan terjejas. Oleh itu, kecerdasan intelek tidak memadai. Kecerdasan intelek hanyalah tiket untuk mencapai kerjaya yang baik dan pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Namun, jika kecerdasan emosi dan sosial tidak dijaga maka pekerjaan akan terjejas. Perasaan dan emosi yang tertekan, mudah marah, kualiti pengurusan dalam perkerjaan merosot, kebahagian keluarga merudum dan dikelilingi dengan perasaan yang tidak selesa walaupun bergaji tinggi.Oleh itu, emosi dan sosial haruslah dijaga dan dikawal dengan baik untuk menjaga prestasi kerja dan mencapai kebahagian kehidupan yang diingini. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam saudari ain. Benar apa yang diperkatakan oleh saudari itu. "Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan" . Berdasarkan pengetahuan saya, kecerdasan emosi dan sosial merupakan aset yang penting dalam semua aspek terutama lagi dalam dunia pekerjaan. Ini kerana emosi yang tenang, selamat, dan tidak tertekan akan mewujudkan satu sosialisasi yang mana lebih harmoni, bahagia, dan sosial persekitaran yang tenteram. Apabila hal ini berlaku, pekerjaan akan lebih selesa dan kualiti perkerjaan semakin meningkat.

      Delete